Pages

TIP MEMBINA HUBUNGAN BAIK DI ANTARA MENANTU DAN MENTUA.....




Seringkali kita mendengar......di antara faktor perceraian dari sebuah perkahwinan adalah berpunca dari campurtangan pihak mertua ....ini kerana mungkin tiada keserasian di antara menantu dan mertua....

Di sini saya akan berkongsi dengan anda semua...beberapa tip untuk membina hubungan baik di antara menantu dan mertua.....






1.Kita hendaklah menerima dan melayan mertua sebagai ibu bapa kandung kita sendiri. Ibu bapa juga patut menerima dan melayan menantu seperti melayan anak sendiri.

2.Berbaik sangka dengan mereka. Baik mentua dan menantu, bersangka baik adalah asas kepada membina hubungan yang mesra.

3.Menerima seadanya. Janganlah mengharapkan yang tidak-tidak daripada mentua. Dan begitu ibu bapa, janganlah meminta yang bukan-bukan daripada menantu.

4.Menziarahi. Yang muda ziarahilah yang tua, sementara yang tua terimalah kedatangan anak menantu dengan lapang dada.

5.Komunikasi jelas,berkesan dan berhemah.

6.Beri kasih sayang. Jika kita sayang ibu bapa kita, maka berikanlah kasih sayang yang sama kepada mentua. Begitu juga mentua,jika sayang anak-anak, maka sayangilah menantu.

No comments:

Post a Comment