4 Hadiah Sangat Di Perlukan Isteri.....
Tahukah anda (kaum Lelaki) bahawa wanita memang menginginkan jaminan dan hidup yang selesa daripada anda....Jika selepas berkahwin lebih sengsara, siapa yang nak berkahwin?....Terdapat beberapa hadiah dan pemberian daripada suami yang sememangnya amat diingini oleh sang isteri yang kadang kala tidak terluah oleh kata-kata. Tetapi , sebenarnya mereka menginginkan apa yang disenaraikan dibawah ini sepanjang hidupnya.....Bagi kaum lelaki yang bergelar suami cuba-cubalah selidiki.....
1. Jaminan Hidup
Semua wanita apabila sudah bergelar isteri mempunyai impian agar hidupnya terjamin hingga akhir hayat.Berkongsi hidup bersama seorang suami adalah satu impian yang tidak boleh dipertikaikan .Memiliki rumah yang selesa di samping suami yang setia adalah satu impian setiap wanita.cukuplah dengan perhatian dan keperluan yang secukupnya . Antaranya, tempat tinggal yang selesa, keluarga yang bahagia, makan minum yang mecukupi dan perbelanjaan untuk isteri yang cukup.
2. Wang
Hadiahkan isteri anda dengan kewangan yang mantap dan pasti isteri anda akan menyukainya.
3. Saat Kecemasan
Hadiahkan isteri insurans atau wang simpanan kepadanya dan pastinya dia gembira. Jangan ambil remeh mengenai kesihatan dan keselamatan anak-anak dan isteri anda.Dengan memberikan perlidungan berbentuk insurans, sudah pasti mereka terasa diri mereka dilindungi. Itulah hadiah yang paling berharga.
4. Alam maya
Hadiah yang tidak boleh nampak dengan mata kasar adalah hadiah yang paling berharga sekali. Ia tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Cukup melalui perbuatan dan pergerakan anda sahaja.Ia sudah cukup menjadikan anda dan isteri anda sebagai satu pasangan yang ideal dan hebat.Apa yang penting , hadiahkan isteri anda dengan kejujuran, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alangkah..... kalau saya mampu bagi semua tuh pada isteri saya huhuhu...
ReplyDelete