Pages

Bangkitlah Dari Kekecewaan........

Memang sakit bila putus cinta. Jiwa lara, hati merana. Namun sampai bilakah anda harus berkeadaan begitu? Ayuh, mulakan semangat baru untuk tidak mengulangi sejarah silam. Anda berhak untuk hidup bahagia........

Alihkan Perhatian
Perkara utama yang boleh anda lakukan ialah mengalihkan perhatian kepada perkara lain dan jangan mengingati kisah yang menyakitkan dan menyedihkan itu lagi. Mungkin anda boleh tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya, keluarga,rakan-rakan atau pun melakukan apa saja aktiviti yang boleh mengubati kesedihan anda itu.

Menangislah Sekiranya Perlu
Anda sedih,kecewa, terkilan atau mungkin marah. Lepaskan apa yang terbuku di hati. Ketepikan ego, menangislah semahunya.

Beri Sedikit Waktu
Berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri.....untuk ketenangan hati...

Luahkan Pada Orang Yang Anda Percayai
Luahkanlah pada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda.Pastikan rakan anda juga adalah seorang pendengar setia dan mampu membantu anda dengan memberikan kata-kata semangat buat anda.

No comments:

Post a Comment