Pages

10 Wasiat Untuk Puteri Ummamah....

Khabar untuk hari ini....untuk dikongsi bersama.........insya Allah ....berkekalan hendaknya...AMIN......

Ummamah telah mewasiatkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan Al-Harith bin Amru. Katanya, "wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin aku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga.......

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan.
Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu tercium sesuatu yang tidak enak darimu.

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih kepadamu.

3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

4. Uruskan rumahtangganya dengan baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6. Simpankanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) kerana ini akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur tidak cukup, akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.

9. Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira bila memandangmu.

10.Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula pada dirimu.

No comments:

Post a Comment