Tanggungjawab Bapa Selepas Kelahiran Anak
Setiap bapa yang baru menerima cahaya mata perlu melakasanakan beberapa tanggungjawab terhadap anak yang baru dilahirkan.....Antara tanggungjawab itu adalah seperti....
1. Azan dan Iqamah
Apabila bayi dilahirkan hendaklah diazankan ditelinga kanan dan di iqamahkan ditelinga kiri
2. Melakukan Tahnik (belah mulut)
Hukum tahnik adalah sunat. Ia merupakan sunah Rasulullah S.A.W yang dilakukan kepada bayi dengan menyentuh dan menggosok dengan lembut lelangit mulutnya dengan menggunakan tamar atau manisan seperti madu.
3. Menamakan bayi dengan nama yang baik
4. Membasuh uri dan menanamnya ditempat yang selamat
5. Aqiqah
Disunatkan bagi wali (bapa aau datuk)
Disunatkan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.
Bayi lelaki - 2 ekor kambing yang matang (lebih kurang 2 tahun usianya)
Bayi perempuan seekor kambing yang matang (lebih kurang 2 tahun usianya)
Hukum daging aqiqah ialah sunat dimasakkan terlebih dahulu, kemudian baru disedekahkan. Bagi yang membuat aqiqah boleh dimakan sedikit dan yang selebihnya disedekahkan.
6. Mencukur kepala bayi
Mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi dan hukumnya adalah sunat.
7. Berkhatan
Hukumnya wajib bagi lelaki dan amat baik (afdal) dilakukan bagi perempuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment