Pages

4 Hadiah Sangat Di Perlukan Isteri.....






Tahukah anda (kaum Lelaki) bahawa wanita memang menginginkan jaminan dan hidup yang selesa daripada anda....Jika selepas berkahwin lebih sengsara, siapa yang nak berkahwin?....Terdapat beberapa hadiah dan pemberian daripada suami yang sememangnya amat diingini oleh sang isteri yang kadang kala tidak terluah oleh kata-kata. Tetapi , sebenarnya mereka menginginkan apa yang disenaraikan dibawah ini sepanjang hidupnya.....Bagi kaum lelaki yang bergelar suami cuba-cubalah selidiki.....

1. Jaminan Hidup
Semua wanita apabila sudah bergelar isteri mempunyai impian agar hidupnya terjamin hingga akhir hayat.Berkongsi hidup bersama seorang suami adalah satu impian yang tidak boleh dipertikaikan .Memiliki rumah yang selesa di samping suami yang setia adalah satu impian setiap wanita.cukuplah dengan perhatian dan keperluan yang secukupnya . Antaranya, tempat tinggal yang selesa, keluarga yang bahagia, makan minum yang mecukupi dan perbelanjaan untuk isteri yang cukup.

2. Wang
Hadiahkan isteri anda dengan kewangan yang mantap dan pasti isteri anda akan menyukainya.

3. Saat Kecemasan

Hadiahkan isteri insurans atau wang simpanan kepadanya dan pastinya dia gembira. Jangan ambil remeh mengenai kesihatan dan keselamatan anak-anak dan isteri anda.Dengan memberikan perlidungan berbentuk insurans, sudah pasti mereka terasa diri mereka dilindungi. Itulah hadiah yang paling berharga.

4. Alam maya
Hadiah yang tidak boleh nampak dengan mata kasar adalah hadiah yang paling berharga sekali. Ia tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Cukup melalui perbuatan dan pergerakan anda sahaja.Ia sudah cukup menjadikan anda dan isteri anda sebagai satu pasangan yang ideal dan hebat.Apa yang penting , hadiahkan isteri anda dengan kejujuran, tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada mereka.

Tip Mengharmonikan Hubungan Ibu Dan Anak Tiri



Seringkali kita mendengar....Ibu tiri mendera anak tirinya dan bermacam-macam lagi kisah di antara ibu tiri dan anak tiri.....maka di sini saya akan berkongsi dengan anda...beberapa tip-tip untuk mengharmonikan hubungan diantara ibu dan anak tiri...

1. Ibu harus mengihlaskan hati ketika memasuki keluarga suami dan menerima anak-anak tiri seperti anak sendiri. Persoalan umur bukan isu, sebaliknya, si ibu wajar Belajar mengenali sikap anak-anak yang akan menjadi sebahagian kehidupannya.

2.Berfikiran terbuka dalam setiap masalah yang timbul. Baik ibu tiri, suami, dan anak-anak, harus bersikap rasional terhadap masalah rumahtangga yang timbul agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

3. Bapa harus memainkan peranan sebagai ketua, bertindak sebagai orang tengah dan perantara yang bijak agar kekusutan dalam perhubungan dapat dijernihkan.

4. Fahami sikap dan perangai anak-anak. Bagi ibu tiri, mereka boleh memahami sikap anak-anak dengan belajar melalui orang yang rapat dengan anak-anak sebelum ini, seperti suami, nenek atau ibu bapa saudara yang lain.

5. Berbaik sangka dan selalu berfikir positif terhadap apa juga yang berlaku dan harus bersikap tenang dan yakin.

6. Berdoa memohon kebahagiaan rumah tangga dan anak-anak. Doa adalah senjata yang harus dijadikan amalan setiap wanita ketika berdepan dengan cabaran hidup di bumi Allah ini....

Tanggungjawab Bapa Selepas Kelahiran Anak



Setiap bapa yang baru menerima cahaya mata perlu melakasanakan beberapa tanggungjawab terhadap anak yang baru dilahirkan.....Antara tanggungjawab itu adalah seperti....

1. Azan dan Iqamah
Apabila bayi dilahirkan hendaklah diazankan ditelinga kanan dan di iqamahkan ditelinga kiri

2. Melakukan Tahnik (belah mulut)
Hukum tahnik adalah sunat. Ia merupakan sunah Rasulullah S.A.W yang dilakukan kepada bayi dengan menyentuh dan menggosok dengan lembut lelangit mulutnya dengan menggunakan tamar atau manisan seperti madu.

3. Menamakan bayi dengan nama yang baik

4. Membasuh uri dan menanamnya ditempat yang selamat

5. Aqiqah
Disunatkan bagi wali (bapa aau datuk)
Disunatkan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi.
Bayi lelaki - 2 ekor kambing yang matang (lebih kurang 2 tahun usianya)
Bayi perempuan seekor kambing yang matang (lebih kurang 2 tahun usianya)

Hukum daging aqiqah ialah sunat dimasakkan terlebih dahulu, kemudian baru disedekahkan. Bagi yang membuat aqiqah boleh dimakan sedikit dan yang selebihnya disedekahkan.

6. Mencukur kepala bayi
Mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi dan hukumnya adalah sunat.

7. Berkhatan
Hukumnya wajib bagi lelaki dan amat baik (afdal) dilakukan bagi perempuan.

Allah Akan Sentiasa Menguji Hambanya.........

Sebagai umat Islam, Kita perlu akur dengan setiap ujian yang diberikannya......
Namun ada kala ujian itu tidak mampu ditangani dan pada ketika ini iman kita sedang diuji........

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja)mengatakan...

"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka.Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut:2-3)

bersambung......

TIP MEMBINA HUBUNGAN BAIK DI ANTARA MENANTU DAN MENTUA.....




Seringkali kita mendengar......di antara faktor perceraian dari sebuah perkahwinan adalah berpunca dari campurtangan pihak mertua ....ini kerana mungkin tiada keserasian di antara menantu dan mertua....

Di sini saya akan berkongsi dengan anda semua...beberapa tip untuk membina hubungan baik di antara menantu dan mertua.....






1.Kita hendaklah menerima dan melayan mertua sebagai ibu bapa kandung kita sendiri. Ibu bapa juga patut menerima dan melayan menantu seperti melayan anak sendiri.

2.Berbaik sangka dengan mereka. Baik mentua dan menantu, bersangka baik adalah asas kepada membina hubungan yang mesra.

3.Menerima seadanya. Janganlah mengharapkan yang tidak-tidak daripada mentua. Dan begitu ibu bapa, janganlah meminta yang bukan-bukan daripada menantu.

4.Menziarahi. Yang muda ziarahilah yang tua, sementara yang tua terimalah kedatangan anak menantu dengan lapang dada.

5.Komunikasi jelas,berkesan dan berhemah.

6.Beri kasih sayang. Jika kita sayang ibu bapa kita, maka berikanlah kasih sayang yang sama kepada mentua. Begitu juga mentua,jika sayang anak-anak, maka sayangilah menantu.

Jangan Bersedih........



Salam semua.....tazkirah hari ini.....

kata-kata ini dipetik dari sebuah buku yang bertajuk LA TAHZAN....untuk kita kongsi bersama.....

wahai teman-teman...
janganlah berdukacita, sebab kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit dan sekuntum bunga mawar yang cantik nampak seperti sebongkok labu, taman yang rimbun nampak seperti padang pasir yang gersang dan hidup dunia menjadi penjara yang sesak....

wahai teman-teman....
Jangan berdukacita kerana anda masih mempunyai dua mata, dua telinga, dua bibir,dua tangan, dan dua kaki, lidah dan hati..Anda masih mempunyai kedamaian, keamanan dan kesihatan...

wahai teman-teman...
Jangan berdukacita sebab anda masih mempunyai agama yang anda yakini, rumah yang anda diami, nasi yang anda makan, air yang anda minum, pakaian yang anda pakai dan isteri tempat anda berkongsi perasaan.....mengapa mesti anda bersedih hati....

Teman-teman sekalian.....sememangnya kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini tidak akan terlepas dari mendapat ujian dariNYA....tapi kita jangan sesekali bersangka buruk terhadapNYA.....segala ujian dari Allah ke atas hambanya adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita kepadaNYA....teman-teman....kita hendaklah bersabar dengan setiap ujian dari Allah....dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahuinya....

Tip Mengawal Konflik Dan Tekanan.....



Salam untuk semua........hari ini saya akan kongsi dengan anda semua...mengenai Tip Mengawal Konflik Dan Tekanan.....
Dan sekiranya anda mempunyai konflik dan tekanan...diharap tip-tip akan dapat membantu mengurangkan konflik yang melanda....Insya Allah....


1.Anda mestilah mempunyai rehat yang cukup.

2.Anda hendaklah mengelakkan diri kita dari memendam masalah yang kita hadapi.

3.Anda hendaklah yakin dengan diri sendiri dan kebolehan yang ada pada diri anda

4.Anda mestilah tahu membezakan kerjaya atau keluarga

5.Anda juga hendaklah menghargai apa yang telah orang lain beri pada anda.

6.Anda juga hendaklah berusaha mempelajari sesuatu kemahiran kerja agar kita tiada masa untuk memikirkan masalah yang kita hadapi.

7.Akhirnya ...bawalah diri anda melancong...

Bagaimana Menghargai Isteri






Adakah anda semua tahu ..bagaimana nak menghargai Isteri?....sekiranya anda masih tercari-cari bagaimana nak menghargai isteri anda...di sini saya akan memberikan beberapa tip-tip yang mudah anda ikuti....untuk menghargai isteri tersayang....


1)Anggaplah isteri seperti diri anda sendiri
2)Isteri Bukan Pembantu Rumah
3)Ingati Tarikh Penting
4)Ringankan Kerja Isteri
5)Berikan Ciuman Khas Untuk Isteri
6)Berikan Pujian Kepada Isteri
7)Dengar Pendapat Isteri
8)Penuhi Hajat Isteri
9)Bawa Isteri Bercuti

Saya berharap...para suami dapat mengambil tip-tip ini walau tak semua......

Mutiara Hikmah 1


Salam semua......MUTIARA HIKMAH ....hari ini....

Jangan tunggu uacapan terima kasih dari orang lain, kerana cukuplah bagi anda balasan dari Allah s.w.t, dan janganlah kecewa kerana mendapati orang tidak kenal membalas budi, juga orang yang dengki dan hasad..........

Bergembiralah dengan pilihan Allah bagimu, kerana anda tidak tahu kebaikan yang sebenarnya bagi anda, dan mungkin sahaja kesusahan itu lebih baik bagi anda daripada kemudahan....

Teknik atasi nafsu amarah


Emosi seperti marah adalah kuasa atau tenaga yang tidak boleh dihalang kehadirannya......namun ia masih boleh dikawal.....

1. Fokus pada masalah, buka pada perasaan
2. Jangan mudah membuat kesimpulan.Siasat dan semak sebaik mungkin
3. Bersabar
4. Jangan terlalu mengharap
5. Jangan melibatkan sebab-sebab lain
6. Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain
7. Menilai dengan bertanya kepada diri
8. Melakukan aktiviti melepas tekanan
9. Belajar menyatakan emosi

Bangkitlah Dari Kekecewaan........

Memang sakit bila putus cinta. Jiwa lara, hati merana. Namun sampai bilakah anda harus berkeadaan begitu? Ayuh, mulakan semangat baru untuk tidak mengulangi sejarah silam. Anda berhak untuk hidup bahagia........

Alihkan Perhatian
Perkara utama yang boleh anda lakukan ialah mengalihkan perhatian kepada perkara lain dan jangan mengingati kisah yang menyakitkan dan menyedihkan itu lagi. Mungkin anda boleh tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya, keluarga,rakan-rakan atau pun melakukan apa saja aktiviti yang boleh mengubati kesedihan anda itu.

Menangislah Sekiranya Perlu
Anda sedih,kecewa, terkilan atau mungkin marah. Lepaskan apa yang terbuku di hati. Ketepikan ego, menangislah semahunya.

Beri Sedikit Waktu
Berikan sedikit masa untuk diri anda sendiri.....untuk ketenangan hati...

Luahkan Pada Orang Yang Anda Percayai
Luahkanlah pada orang yang anda percayai dan rapat dengan anda.Pastikan rakan anda juga adalah seorang pendengar setia dan mampu membantu anda dengan memberikan kata-kata semangat buat anda.

10 Wasiat Untuk Puteri Ummamah....

Khabar untuk hari ini....untuk dikongsi bersama.........insya Allah ....berkekalan hendaknya...AMIN......

Ummamah telah mewasiatkan pada puterinya yang akan berkahwin dengan Al-Harith bin Amru. Katanya, "wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin aku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga.......

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan.
Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu tercium sesuatu yang tidak enak darimu.

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih kepadamu.

3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

4. Uruskan rumahtangganya dengan baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6. Simpankanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) kerana ini akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur tidak cukup, akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.

9. Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira bila memandangmu.

10.Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Istilah Suami/Isteri Derhaka

Anda semua nak tau tak.......terutama yang belum pernah mendirikan rumahtangga lah....

di sini saya nak bagi tahu..... beberapa istilah yang mana istilah ini menunjukkan suami atau isteri yang derhaka terhadap pasangannya....

Nusyuz (Biasa kita hanya dengar nusyuz dari kalangan isteri sahajakan tetapi nusyuz suami pun ada...)

Nusyuz : dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan.Ia dapat dikesan melalui cara berkomunikasi dengan pasangan.

Shiqqaq : Perselisihan faham antara suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling cerca mencerca dan pukul-memukul

Dharar : Penganiayaan atau penderaan suami kepada isteri, sedangkan si isteri tersebut adalah seorang yang baik akhlaknya dan taat kepada suaminya.

Tidak Menghiraukan Pasangan: Mengelak dengan pelbagai cara apabila diajak untuk bersama pasangan.

Bercakap dengan kasar,tidak mahu bertegur sapa atau berpura-pura tidak mendengar ketika berkomunikasi melalui perantaraan. Kelihatan muka masam, wajah selamba atau tidak mahu bertentangan mata...

inilah tanda-tanda seorang suami atau isteri yang telah derhaka terhadap pasangan masing-masing.....jadi kepada bakal suami atau bakal isteri....pikir2 kan lah sebelum membuat keputusan.......