Pages

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA

Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita




1.Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar,
suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia
betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan
alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya
dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2.Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan
bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi
wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah
kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan
lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3.Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri,
bergantung pada orang lain,dsb) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu
sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu
mengatasi rasa gementar.

4.Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja)
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik
menghadapi sesuatu perkara.


5.Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)
Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti.
Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu
juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6.Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk
kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.)
Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan
diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar
dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?Jika
asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan
musnah.

7.Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat,macho
sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan
dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor
diri anda dengan baik.

8.Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh
tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak
mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan
anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik
dan cintakan duit anda sahaja.
Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda
sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada
menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Stress...........................




Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress
Management.
Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada
mahasiswanya
"Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda
semua?"
Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram
hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi
tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika
saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya
akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari
penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk
saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya
memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat
laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu
akan meningkat beratnya".
"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas
tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".

Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik,
agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan
sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan
membawanya pulang.
Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang
ada di pundak anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak
jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali.

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

PS : Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat
dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan
jauh di relung hati anda.

Have a nice day........

KERINDUAN..........




"Kerinduan" Setiap Pasangan "

"Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya ‘cabaran-dugaan hidup’ yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ‘ perkahwinan itu sendiri’ “mengambil masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, ‘suami dan isteri’, bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut…

Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.
Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu...”

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, “ Aku mahu keluarga bahagia.”

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’ hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

“Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah...
“Rumahku, Syurgaku.”

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini “ LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS...”

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu…kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik….
Jangan hanya jadi ‘pak turut’…

Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam sekam...’
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat, kerana ‘sekam’ telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan e***** menyusahkan isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau “isteri” sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri.”

Itu la taarif “perkongsian hidup”...Peranan kedua-dua.
”Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama ‘suami dan isteri...’

‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(‘menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, ‘Allah lebih marah perbuatanmu...’
Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, e***** akan dipersoal terhadap kepimpinanmu…”

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu “berganding bahu” dengan utuh untuk membentuk ‘keluarga bahagia...’
Jangan sesekali ‘suami’ menunding kepada ‘isteri’ atau ‘isteri’ menunding kepada ‘suami’ bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka ‘sedar’ terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi ‘tegas’ atau ’keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah SWT!

Alam perkahwinan itu ‘amat manis’...semanis berbulan madu, tetapi menjadi ‘amat pahit’...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang ‘perfect’...tetapi memadai, “tanggungjawab” kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, “Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani…dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk pulak...”

CINTA DAN KEHIDUPAN




Tidak akan ada kesudahannya untuk dihuraikan makna apa itu cinta. CINTA. Apalagi untuk menghuraikan tentang keagungannya. Tapi benarkah cinta itu agung?

Berapa kali anda merasa jatuh cinta pada seseorang? Berapa lawan jenis yang pernah mengisi hati anda? Benarkah semua yang terjadi itu anda menyebutnya CINTA?

Lalu di manakah keagungannnya bila ternyata anda boleh jatuh cinta dengan ‘beberapa’ orang? Sedangkan bila anda mengagungkan cinta, maka hanya akan ada satu saat dan satu orang hingga yang membuat anda mengerti apa itu (keagungan) cinta.

Sekian lama kita melalui kehidupan, cuba mengerti makna hidup, cuba mengerti makna cinta, tapi selalu saja kenyataan hidup mengeraskan suara di dada bahawa cinta sejati tidak pernah ada! Bahawa keagungan cinta itu mendapat mimpi yang akan pergi bila kita terjaga dari tidur. Sebab hanya kepentingan dan hasrat seseoranglah yang lebih dominan dari perwujudan cinta.

Sekian jauh kita merenung dan sekian lama kita menyelami, masih saja kita temukan adanya cinta sejati dan cinta yang agung. Orang-orang yang kita teui sama saja, menganggap cinta hanyalah serana, hanyalah alat, entah untuk memuaskan diri sendiri atau pasangannya, cinta selalu saja dimanipulasi oleh ego.

Mungkin ki tasendiri belum benar-benar mengerti, seperti Apakah bentuk cinta yang kita harapkan untuk dimiliki? Kita juga sangsi tentang bagaimana cinta itu harus diexpresikan? Cukupkah dengan tali perkahwinan? Cukupkah dengan kesetiaan? Lalau adakah yang lebih prinsip dari makna cinta selain dua hal ini?

Hingga satu hari kita mengenalinya, suatu hari kita menjalin hubungan dengan dia. Sejujurnya kita tak pasti sejauh dan ‘segila’ apa dia itu mencintai kita-kadang-kadang kita memang tidak peduli tentang hal itu. Yang kita rasa, kita bahagia dengan hal itu, tapi ada sesutau yan lebih membuat kita berdebar – kita merasakan getaran yang aneh, kita merasakan rasa nyaman tiada tara saat bersamanya, kita merasakan kita telah ‘utuh’ menjadi miliknya. Kita rela melakukan apa saja demi untuk kebahagiaannya, kita tak tahu manakala kita sudah seperti orang buta, bukan beerti kita tergila-gila dan hilang fikiran rasional, bukan pula beerti kita telah kehilangan kawalan emosi dan keperibadian. Atas segalanya, kita tetap menjadi diri kita, hanya dengan cintanya kita menjadi mnegerti akan makna hidup, dan untuk apa kita dilahirkan du bumi ini? Dialah yang menyedarkan kita bahawa cinta itu memang ada, bahawa cinta itu ada yang sejati, bahawa cinta itu sesuatu yang agung, yan gjauh dari manipulasi dan rekayasa kepentingan peribadi.

Kembali kepada diri kita, kita harap belum terlambat untuk memperbaiki dan membangun diri, kita harap Tuhan sudi membuka pintu taubat-Nya.

Kita mungkin pernah merasa sebagai orang yang telah ‘melecehkan’ makna cinta, sudah selayaknya kita menyedari kekerdilan jiwa ini.

Cinta, bukan di ukur sebanyak mana yang kita dapat, tapi sebanyak mana yang kita sanggup berikan. Cinta bukanlah dilihat dari ‘ssgila’ mana seseorang mencintai anda, tapi serela mana andan sanggup berkorban untuk orang yang anda cintai.

Kesetiaan bukanlah dilihat dari senekad mana dia untuk tetap bersama amda, tapi sejauh mana anda bersedia untuk menjadi ‘teman’ suka dukanya?

Entahlah, sejauh manakah cinta yang luas ini telah terhuarai? Namun dengan cinta kita mungkin boleh lebih mengerti makna hidup ini!....

KPD YG SEDANG & BELUM BERCINTA.......




Bagaimana menjadi pasangan yang lebih baik Bila anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang telah
terjadi , biasanya lebih mudah untuk mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri yang berbuat salah atas
putusnya hubungan tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang terbaik atas apa yang dilakukannya.
Menjadi pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan.


Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi pasangan yang lebih baik....

1.. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta
antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2.. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah
positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3.. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya
romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama
kali mereka menjalin hubungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut
adalah mutlak.

4.. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat
pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar
jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5.. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi. Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang
melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan.....??

6.. Jangan merendahkan pasangan anda. Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda
selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan
berharap dia akan berbuat benar?

7.. Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada
masa yang akan datang?

8.. Usahakan untuk selalu berada disisinya Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup....Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka....

9.. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda
baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10.. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda. Cukup jelas...

11.. Hormati pasangan anda Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

12.. Jujurlah selalu Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak
pernah mengetahui kebohongan yang tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan
mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda.
Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.