Jangan Berduka Jika Dikritik Atau Dicerca
Sesungguhnya anda akan mendapat pahala disebabkan kesabaran anda menghadapi kritikan dan cercaan itu. Dan kritikan mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat, kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki.Dengan kata lain, jikalau kritikan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga anda.
Madah Pujangga....
Nescaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu didengki.
Namun begitu perkara yang perlu anda renungkan ialah
Jangan sesekali membalas cercaan atau cemuhan yang melukai hati anda, kerana kesabaranmu dalam menghadapi semua itulah yang dengan sendirinya akan menguburkan semua kehinaan.Kesabaran adalah penyebab kemuliaan, diam adalah penyebab kekuatan untuk mengalahkan musuh dan memaafkan adalah penyebab dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment