Berbuat Baik Dapat Menyejukkan Jiwa
Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula-mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasa hasilnya serta merta dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.
Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah kepada orang miskin, bantulah golongan arang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang sakit dan bantulah orang yang yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda.
Sesungguhnya perbuatan yang baik itu bagaikan wangian yang bukan sahaja menggembiran sipemakainya, tetapi orang-orang yang berada disekelilingnya juga.
Jangan Berduka Jika Dikritik Atau Dicerca
Sesungguhnya anda akan mendapat pahala disebabkan kesabaran anda menghadapi kritikan dan cercaan itu. Dan kritikan mereka itu, pada dasarnya petanda bahawa anda mempunyai harga dan darjat, kerana manusia tidak akan menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tidak berharga pastilah tidak akan terkena sasaran pendengki.Dengan kata lain, jikalau kritikan yang anda terima semakin pedas maka semakin tinggi pula harga anda.
Madah Pujangga....
Nescaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki dan tidak akan engkau temui orang-orang yang hina itu didengki.
Namun begitu perkara yang perlu anda renungkan ialah
Jangan sesekali membalas cercaan atau cemuhan yang melukai hati anda, kerana kesabaranmu dalam menghadapi semua itulah yang dengan sendirinya akan menguburkan semua kehinaan.Kesabaran adalah penyebab kemuliaan, diam adalah penyebab kekuatan untuk mengalahkan musuh dan memaafkan adalah penyebab dan tangga untuk mencapai pahala dan kemuliaan.
Apabila Cinta Itu Membosankan.....
Ada masanya, musim percintaan menjadi begitu membosankan. Lebih-lebih lagi apabila hubungan selalu tidak setia dan sekata. Jika ini berlaku dalam hubungan cinta anda, apa perlu anda lakukan. Maka siapkan diri menghadapinya.
Apabila mencapai titik bosan ini, maka segala yang terjadi akan nampak pudar dan menjemukan. Hubungan berasa dingin dan hambar.Di antara tips yang boleh dicuba dan dipraktikkan . Kembali ke masa lalu dan kenangkan saat-saat indah masa mula-mula jatuh cinta, boleh menghangatkan kembali perasaan cinta terhadap pasangan dengan cara
1.Telusuri kembali kisah cinta anda dengan membuka album lama, atau membaca surat-surat cinta di saat anda masih dilamun cinta. Ungkapkan saat-saat indah itu dalam kata-kata.
2.Tanyakan kepada pasangan anda, apa yang dulu membuatnya tertarik pada anda.Hal itu akan boleh mengingatkan pasangan anda dan kembali menggetarkan hati anda.
3.Jika anda masih mengingati saat pertama kali pasangan anda mengungkapkan kata-kata cinta, tiada salahnya diraikan dengan keluar makan malam bersama dalam suasana yang romantis.
4.Jangan berhubung buat seketika.Bukan untuk melarikan diri, tetapi untuk merasai indahnya rindu tanpa pasangan di sisi anda.
Diharapkan dengan tip-tip di atas dapat membantu menyemarakkan semula cinta anda yang hampir pudar.....
Tip Menjadi Isteri Solehah
1. Mentaati Allah s.w.t dan mentaati suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
2. Bersikap malu dan hormat ketika berada dihadapan suami.
3. Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, bersuara setelah dia selesai berbicara.
4. Berdiri sebagai tanda hormat semasa menghantar suami di muka pintu dan juga semasa menyambut suami pulang.
5. Sentiasa bersedia menyerahkan diri kepada suami apabila dia diperlukan. Jika isteri menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya sehingga tidak membolehkan dia memenuhi kehendak suami, hendaklah dimaklumkan kepada suami dengan berhikmah.
6. Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7. Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak mengkhianati dan berlaku curang ketika ketiadaan suami.
9. Menghormati keluarga suami.
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
* sebahagian Tips dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah *
Bagaimana Mengawal Marah Isteri?
Wanita seringkali bertindak mengikut perasaan. Apabila fikirannya terganggu, emosinya juga akan turut sama terganggu. Tatkala itu, kalau ada kesilapan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit, lebih-lebih lagilah kesalahan yang besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang agak sukar dikawal tatkala isteri sedang marah. Bagaimana sepatutnya tindakan suami menghadapi isteri sedang dilanda kemarahan? jawapanya, suami haruslah berdiam diri.
Biarkan kemarahannya reda kemudian baru menyambung bicara, menasihati atau diajak berbincang.
Mengapa perlu berdiam diri ketika orang sedang marah? Kerana tatkala seseorang sedang marah, syaitan berperanan meluap-luapkan lagi perasaan marah itu. Oleh itu, tidak perlu kita menambah lagi kemarahan itu yang sebenarnya didalangi oleh syaitan.
*sebahagian tips Dato' Dr. Fdazilah Kamsah*
Tips Mendidik Isteri
1. Allah membekalkan kepada lelaki kekuatan akal, rasional, tidaj mudah didorong oleh perasaan. Wanita pula berjiwa sensitif dan mudah tersinggung. Justeru, kekuatan akal jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, ditambah kekuatan fizikal, suami boleh menjadi pendidik yang kreatif.
2. Perasaam wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Justeru, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir dan strategi untuk mengatasi keadaan itu.
3. Kaum wanita dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding dengan lelaki yang diciptakan dengan hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukan nafsu seks semata-mata tetapi nafsu tidak penyabar, mudah prasangka, cemburu, cepat merajuk dan sebagainya. Dari dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan pada wanita.
4. Dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Sebab itulah wanita mesti dibimbing lelaki agar tindak tanduknya tidak mengikut perasaan semata-mata.
5. Tahu sedikit sebanyak ilmu psikologi wanita. Ini dapat dimanfaatkan suami dalam mendidik isteri.
6. Kebijaksanaan perlu disertai dengan kesabaran. Kesabaran tanpa kebijaksanaan membawa kepada suami menurut semua kemahuan isteri. Tanpa kesabaran, boleh hilang pertimbangan akal dan tidak bertindak secara rasional.
* sebahagian tips dari Dato' Dr Hj. Fadzilah kamsah *
Subscribe to:
Posts (Atom)